Thursday 17 May 2012

Kenapa kita di uji?


Kenapa Kita Diuji Dengan Dugaan?

 


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Hanyalah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

*Untuk renungan....

Tuesday 15 May 2012

Selamat Hari Guru Lovely Husband


Salam bersiaran :)

(A lot of loves come from sweet wife to a great 


husband~!Muah)- These 12 words to show you that a wife 


really deeply in loves with her husband. So, she sent you a 


dozen of roses instead of those words =) A wife called 


Mrs.Irwanshah would like to wish you “ Happy Teacher’s 


Day ”…May Allah rewards you blessing, happiness, 


barakah & rahmah in in life with mmy & Qis (also adik2 


Qis-coming soon) :p My Doa’ may Allah give us the right 


path, shows us from wrong to right, protect us and also 


being our guidance to the right way, inshaAllah. Dont ever


 give up when you are down..it doesnt matter if u fall many 


times.. Just remember that each time u fall ..i'll nvr let u 


reach d ground..trust me..i'll always be around.


Dreaming of you makes my night worthwhile, Thinking of 


you makes me smile, Being with you is the best thing ever, 


And loving you is what 'll do forever.. Good night my ddy, 


my guy and my precious gift ever.




And this is surprise gift for u~Daddy Qis :)

Taraaaa!


Mula-mula agak pening juga mommy nak pilih bunga kat daddy, almaklumlah first time kasik bunga kat suami, eh, yang ni second time kot. Yang first dulu masa convocation day with big bear. Pilih punya pilih, mengikut citarasa dan harga mommy select A dozen of roses coz ada meaning tersendiri. Hmm, mommy taknak membazir-bazir juga, bawah RM200 kira ok la kan daddy cyg? hehe.

Harga pun tak la mahal sangat RM 85.00 untuk sejambak bunga. belum campur kos penghantaran n add-on yang mommy nak wat nanti. So mommy add-on  couple bear ( RM 20 ) with 24 ferraro rocher chocolate
 ( RM 58.00 ) plus delivery chargers ( RM 40 ). So total out lebih kurang RM 203.




A dozen of roses! 

meaning : (A lot of loves come from sweet wife 

to a great husband~!Muah)- These 12 words

to show you that a wife really deeply in loves 

with her husband. So, she sent you a dozen of 

roses instead of those words =) A wife called

Mrs.Irwanshah would like to wish you...

 “ Happy Teacher’s Day ”




Akhirnyaaaaaa~ Harap-harapnya sampai on-time hari ini kat tangan daddy. :)
Ops, lupe happy teacher's day and happy birthday juge untuk mommy. Kira 2 dalam satu sambutan hari guru tau.

Till we meet again. Salam sayang, mommy.




Monday 7 May 2012

Persediaan Menyambut Baby : Senarai semak mommy & baby





Salam.


Dah nak masuk 34 week, so google senarai semak.


Check it out!


[Sumber: Majalah Pa&Ma – Mei 2011]
Antara barangan utama yang perlu dititikberatkan untuk kegunaan hari2 awal bayi selepas dilahirkan. Alhamdulillah rasanya saya dah cukupkan 90% dari senarai yang ada. Kalau yang saya Italic kan tu maknanya tambahan yang tak disenaraikan dalam Pa&Ma. Kalau ada revise item ke saya akan update lagi. Apa pun selagi boleh berjimat, kita jimat ya :)
Pakaian Bayi
Sarung Kaki
Sarung Tangan
Baju Lengan Panjang
Baju Lengan Pendek
Seluar Pendek
Seluar Panjang
Rompers
Topi/ topi bonet
Stokin
Mandian
Tab mandian
Pengalas tab mandian
X
Tuala muka
Tuala mandi
Mandian bayi
Syampu bayi
Lampin
Lampin kain moden/ pakai buang
Pelapik (jika menggunakan lampin kain moden)
Tisu basah
Pelapik menukar lampin
Beg lampin (bagi digunakan ketika keluar bersiar)
Nappy Kleen
Bakul/ Rak Baju Baby
Penjagaan Diri
Bedak bayi
Losyen bayi
Minyak bayi
Sikat rambut
Minyak telon (tukar Minyak Herbanika)
Pemotong kuku
Kapas muka
Krim ruam lampin
Kain bedung
Barut
Cotton Buds
Nasal Aspirator
Gripe Water
X
Tidur
Katil bayi (alhamdulillah rezeki.. Capt Akashah & wife bagi.. thanks to both of you)
Tilam
Cadar
Selimut
Bantal
Bantal panjang
Mosquito Net
Penyusuan (Susu Ibu)
Pam (manual/ elektrik/bateri)
Bekas penyimpanan susu ibu
Beg pendingin (cooler bag)
Pek ais (Ice pack)
Penyusuan (Susu Formula)
Botol susu BPA Free
Puting
Berus botol
Bekas penyimpanan susu formula
X
Termos
Bekas minuman
X
Beriadah
Car seat *
X
Baby sling *
X
Stroller *
X
Nursing cover


√ = Dah beli
X = Belum beli
* = Beli kemudian

Tips:

  • Jangan sesekali membeli kasut bayi kerana bayi baru lahir tidak memerlukannya.
  • Elakkan membeli pakaian bayi yang mendatangkan bahaya cekik seperti butang.
  • Baju dan seluar saiz (New Born/Size 12/Size 14)
  • Saya juga ada beli baju yang lubang-lubang sekiranya panas bolelah pakaikan bayi waktu siang.
Ada lagi ?



Menanti Detik Kelahiran Bayi


Perancangan Kehamilan bagi Minggu 29-40


MigguAnda akan perlu…
29 - 32

  • Kurangkan kegiatan dan dapatkan rehat sebanyak yang boleh.
  • Teruskan senaman pelvis anda.
  • Pendekkan senarai nama pilihan untuk bayi anda.
33 - 36

  • Berbincang dengan doktor anda dalam minggu ke-35 akan cara kelahiran dan pastikan rancangan kelahiran anda.
  • Sediakan rumah anda untuk menyambut bayi baru anda.
  • Mula sediakan beg yang akan dibawa ke hospital.
37 - 40

  • Bercakap dan bermain dengan bayi anda yang belum lahir. Nikmati sepenuhnya hari-hari terakhir bayi berada dalam diri anda.
  • Putuskan pilihan dan rancangan untuk tempoh pantang anda.
  • Adakan temu janji terakhir dengan doktor jika anda masih belum melahirkan bayi anda menjelang minggu ke-40.




Senarai-semak Beg Hospital
  • 2-3 helai kain sarung
  • Baju tidur berbuka di depan
  • Tuala mandi
  • Pakaian untuk pulang ke rumah (baju mengandung kegemaran anda)
  • Seluar dalam mengandung pakai buang
  • Sikat dan barangan penjagaan diri asas
  • Selipar
  • Selimut dan 2 pasang baju bayi
  • Kamera untuk merakam saat-saat indah pertama


Senarai-semak Peralatan Asas Bayi
  • Lapik menukar bayi
  • Tempat duduk kereta bayi
  • Bekas mandi bayi
  • Tuala untuk digunakan apabila bayi sendawa dan mandi
  • Lampin pakai buang
  • Barangan penjagaan diri - krim ruam lampin, sabun bayi, syampu, losen dan bedak
  • Katil bayi atau bakul Moses bersama 2-3 set alas tilam


Interaksi dengan bayi yang bakal lahir
  • Bercakap dengannya semasa anda mandi atau sebelum tidur. Amalkan luahan sayang anda terhadapnya satu atau dua kali sehari.
  • "Sentuh" bayi anda dengan menolaknya perlahan-lahan melalui perut untuk menyentuh kaki dan bahunya dan anda mungkin akan mendapat tolakan balasan! Urut perut anda dengan krim dan minyak sambil bercakap dengan nada lembut kepadanya.
  • Dengar muzik dan nyanyikan lagu yang anda gemari kepada bayi anda. Muzik dikatakan sebagai pra-linguistik dan dapat menyumbang kepada kemahiran bahasa.


Tengok yang ini lagi?


Kedatangan orang baru membawa seribu erti buat pasangan suami isteri setelah melalui kehidupan alam rumahtangga. Bagi bakal ibu dan bapa yang baru pertama kali akan menyambut kelahiran cahaya mata, pastinya memikirkan persediaan yang diperlukan bagi menyambut kelahiran tersebut.


Segala keperluan bayi adalah mengikut peringkat umur. Entri ini lebih memfokuskan pada peringkat umur sehari hingga enam bulan. Barangan yang dibeli juga haruslah menepati ciri-ciri keselamatan, kesihatan dan keselesaan tetapi tidak terlalu mahal. Ia lebih bergantung pada bajet. Namun, kualiti juga amat penting. Di bawah ini disenaraikan barangan yang diperlukan.


Pakaian Bayi
1. Untuk membeli baju bayi, cukup sekadar 5-6 pasang baju lengan panjang dan lengan pendek. Ini kerana bayi baru lahir akan cepat membesar.
2. Sarung tangan dan sarung kali cukup sekadar 2-3 pasang.
3. Topi bayi. (Tidak diperlukan jika membeli selimut yang mempunyai topi)
4. Selimut.
5. Kain lampin/ lampin pakai buang (new born)
6. Barut- Untuk mengelakkan dari kembung perut.
7. Tuala.
8. Raga/ bakul
9. Tikar getah/ tikar mengkuang. Tikar mengkuang lebih sesuai kerana adanya peredaran udara berbanding tikar getah.
10. Beg bayi.


Penyusuan.
1. Botol susu juga penting terutama pada ibu yang bersalin cara caesean. Pada hari pertama kelahiran, susu ibu belum cukup untuk mengenyangkan bayi dan kadang-kala sel susu ibu belum mengeluarkan susu pada hari pertama kelahiran.
2. Puting (terdapat dalam pelbagai saiz)
3. Berus botol susu.
4. Bekas simpan botol susu (warmer)


Keperluan tidur.
1. Bantal, tilam dan sarung. Seelok-eloknya gunakan bantal dan tilam yang diperbuat dari kabu agar bayi selesa dan tidak bergolek semasa tidur.
2. Katil bayi.


Mandian.
1. Sabun bayi.
2. Syampu bayi.
3. Sikat rambut.
4. Losyen.
5. Putik kapas.
6. Bedak (bukan talcum)
7. Besen.
8. Bakul alatan mandian.


Keperluan untuk jalan-jalan.
1. Baby car seat
2. Stroller.


Lain-lain keperluan.
1. Minyak kembung perut.
2. Tisu lembap.
3. Pemotong kuku.
4. Sedikit mainan yang berwarna untuk merangsaang deria penglihatan bayi.


Kepada bakal ibu dan bapa yang ingin membuat pembelian awal, disarankan agar anda tidak terlalu gelojoh untuk membeli memenuhi keperluan bayi secara keterlaluan. Ianya bergantung kepada keperluan. Contohnya seperti baby car seat, ianya sesuai untuk isteri yang bekerja. Jika sebaliknya, anda boleh menangguhkan dahulu pembeliannya untuk bulan-bulan datang.
Ok, last sekali :




Senarai keperluan bayi di hospital


* 2 helai tuala mandi
* 2 helai selimut
* 20 helai kain lampin / pampers
* 2 pin besar
* 4 helai seluar kalis air
* 4 helai baju / baju sejuk
* 4 pasang seluar panjang
* 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan


Senarai keperluan ibu di hospital


* 1 helai tuala mandi
* 1 helai tuala muka
* 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali
* 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
* 1 helai pakaian biasa
* 2 pasang stokin
* 1 pasang selipar
* 3 helai coli khas untuk menyusu
* 2 pasang pelapik coli
* 5 helai seluar dalam pakai buang
* sikat
* berus gigi dan ubat gigi
* barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
* pakaian untuk pulang ke rumah
* bahan bacaan
* susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2


Senarai yang perlu dibawa oleh bapa


* surat rujukan doktor
* kad pengenalan anda
* kad pengenalan suami anda
* surat nikah
* wang
haaaaaaaaaaaaaaa..cukup la ye dak? kang banyak2 pening lak kepala mommy & daddy nak prepare .


hehe.


Sumber : Uncle google & Auntie Blog :) thanks much!